" Apabilah saya melihat sahabat dakwah di twitter, barulah saya tahu saya apa itu ZINA HATI "
" dulu saya ada kekasih, dan kami saling menyintai dan merancang untuk berkahwin .. apabila sampai masanya, tapi apabilah saya tahu hubungan saya dengan dia itu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan ' Zina ' maka saya putuskan "
MAKSUD ZINA HATI dan ZINA KECIL YANG LAIN
Sabda Rasulullah SAW :
" Sesungguhnya Allah mencatat bahagian Zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas yang lain berlaku ke atas anak Adam. Zina Mata itu adalah pandangan, Zina Lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakan "
- Hadis Riwayat Bukhari -
Dalam Riwayat Imam Muslim :
Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian Zina yang tidak dapat berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, Telinga itu zinanya mendengar, Lidah itu zinanya ucapan, Tangan itu zina melakukan kekerasan, Kaki itu zinanya langkah, dan Hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan dan mendustakannya .
Hadis Pertama menggunakan Istilah " ZINA NAFSU " , manakalah hadis yang kedua pula menggunakan istilah " ZINA HATI " . Hadis inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya Zina yang dinamakan ZINA HATI dan tidak syak lagi Hadisnya adalah Hadis yang SAHIH .
Tidak dipertikaikan kewujudan istilah Zina Hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara Ilmiyah sehingga adakalanya membuat remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama .
> Apakah sebernanya yang dimaksudkan dengan ZINA HATI ?
> Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap ZINA HATI ?
> Adakah teringatkan seseorang itu ZINA HATI ?
mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab : " Ya , itulah Zina Hati "
Apabila ditanya lagi , Mengapakah itu Zina Hati ?
Jawab mereka : " Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan Mahram) yang tidak halal buat kita "
Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi tidak halal bagi kita ,
bagaimana anda mahu mentafsirkan firman Allah dalam Al-Quran tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya ?
FIRMAN ALLAH dalam SURAH AL-BAQARAH, ayat ke-235
)) عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً ((
Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang IDDAH (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman : " Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengintai perempuan tersebut , tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik "
Syeq Quth dalam tafsirnya berkata :
" Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya .. dan Islam itu tidak mrnghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya , dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya ".
Bukankah perempuan yang baru terpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya?? Tapi mengapa Allah lansung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada pada dengan berkata :
" Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dia secara RAHSIA "
Justeru apa yang dapat difahami daripada ayat tersebut adalah :
Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut tapi jangan fikir nak buat bukan bukan yang bertentangan dengan syarak' . Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut .
Kalau mengingati perempuan ajnabiyyah itu ZINA HATI, tentunya Allah melarang para Sahabat Nabi daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang tetapi memberi izin.
Justeru itu, yang dimaksudkan dengan ZINA HATI itu adalah :
" Hati yang menaruh niat untuk berzina, Menikmati hubungan persetubuhan luar nikah "
Itulah yang dimaksudkan dengan ZINA HATI...
Tidakkah di pengakhiran Hadis tersebut Nabi ada menyebutkan :
" Dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakan "
Bermakna semua perkara daripada Tangan, Kaki, Lidah, Telinga, Hati yang menuju ke arah persetubuhan HARAM barulah dipanggil ZINA . Sebab itu disebut di pengakhiran Hadis :
" Kemaluan itu yang menentukan berlakunya atau tidak melakukan Zina "
Sebab iru Ibnu Mas'ud menambah dengan katanya :
"Jika dia mengiyakan (Kehendak Zina) dengan kemaluannya, maka dia menjadi penzina. Jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil) " .
Jadi ZINA KECIL yang disebutkan itu adalah yang mengarahkan pada hubungan luar nikah . Oleh itu melihat bukan mahram bukanlah serta merta tergolong dalam ZINA MATA . Yang tergolong ' Zina Mata ' adalah pandangan yang menggoda dan penuh SYAHWAT .
Dengan itu juga, menyampaikan kata2 mesra kepada bukan mahram bukanlah serta merta tergolong dalam ZINA LISAN . Yang tergolong sebagai ' Zina Lisan ' adalah kata2 pujuk rayu dan godaan kepada NAFSU BERAHI .
Begitu juga halnya masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta tergolong dalam ZINA HATI . pengertian Zina Hati adalah
" adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai MEMENUHI SYAHWAT "
' melihat perempuan itu HARAM '
' mendengar suara perempuan itu HARAM '
' mengingati bayangan perempuan itu HARAM '
" SEMUA ITU adalah ZINA "
biasakan dengar kata2 macam tu ? Banyak kali dengarkan ?
Mungkin mereka mahu jadikan PEREMPUAN sebagai MAKHLUK HARAM di bumi ini . dan bagi perempuan pula mereka mahu jadikan LELAKI sebagai MAKHLUK HARAM di bumi ini .
Sampai begitu sekali kah pandangan anda tentang pengharaman segala datang daripada perempuan atau lelaki ?
Sedangkan Khinzir pun tidak sampai pengharamannya ke tahap itu dalam Al-Quran , hanya diharamkan makan dagingnya sahaja .
Apakah sebernanya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dengan perempuan ?
Melihat perempuan itu HARAM , sebab apa ?
Adakah semata2 pandangan kepada perempua itu haram/pandangan itu HARAM disebabkan Unsur Lain ?
: Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan SYAHWAT, pandangan
yang MENGGODA, dan BERNAFSU . Itulah sebab kenapa pengharam pandangan bukan semata - mata kerana pandangan biasa .
Suara perempuan itu HARAM , sebab apa ?
Adakah semata2 suara perempuan itu haram/suara itu HARAM disebabkan unsur luaran lain ?
: Tentunya suara yang diharamkan suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja
mendodoikan, suara2 gedik . Suara sebegitu yang diharamkan bukan semata mata suara biasa .
Mengingati perempuan itu HARAM ?
Adakah semata2 ingat perempuan itu haram/ingatan itu HARAM disebabkan unsur luaran lain ?
: Tentunya ingatan yang haram adlah membayangkan keseksian tubuh badan perempuan. membayangkan
untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitu yang diharamkan bukan semata mata ingatan biasa.
> Itulah hal hal yang dipanggil ZINA KECIL. Pengakhiran yang menentukan kemaluannya sama ada
menjebakkannya ke perzinahan Hakiki / Tidak .
PERKONGSIAN :
lElaki yang telah melakukan zina kecil iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram .
Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut ?
Jawapannya : berbuatlah kebaikan , InsyaAllah kebaikan yang dibuat itu akan menghapuskan dosa yang
dilakukan .
KEKELIRUAN
1. ' Astagfirullahalazim ' Apa yang telah aku lakukan ? bukankah berhubung dengan bukan mahram sehingga
membibitkat perasaan cinta itu HARAM ?
kOmen : Alangkah jahilnya bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap HARAM
dan Berdosa ?
2. Zina Hati itu berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yang haram bagi kita secara berlebih lebihan .
Sebagai contoh : keinginan itu seperti ingin dirindui , dicintai , dibelai , mengingati si dia lebih daripadamengingati Allah .
kOmen : Masih gagal memahami Zina Hati
Yang Pertama : Katanya zina hati adalah 'menginginkan sesuatu yang haram secara berlebihan'
Kalau begitu, menginginkan perkara yang haram secara berlebih2han Ouhkaylah ?
Yang Kedua : contoh yang diberikan itu satu pun tidak termasuk dalam Zina Hati , hal hal ini bukan
termasuk dalam bab Zina Hati, tetapi termasuk dalam Lagha dan melakukan perkarayang harus dengan berlebihan .
3. Bagi saya, memang zina hati susah untk dihindarkan terutama pada zaman sekarang, lebih lebih lagi
teknologi sekarang , Walaupun bermesej , boleh diragukan kita buat zina tangan. Itu zina tangan, kalauzina luaran , macam mana plak ?
kOmen : Astagfirullahalazim, Pandangan yang penuh dengan ta'annut dan tasyaddud. Gagal memahami
maksud zina hati dan zina kecil . Bermesej di telefon zina tangan ? kalau anda mesej mengajak kepada persetubuhanm semestinya itu Zina Tangan . Tapi sekadar bertegur sape pun dilabelkan
sebagai zina tangan , maka anda tersasar .
> Memang berhubung antara lelaki dengan perempuan hanya perlu apabila ada keperluan . Tetapi kalau tiada keperluan dan sekadar nak menggatal , tidak boleh sewenang2 nya dengan mudah mengkategorikan sebagai ZINA TANGAN . tetapi dikategorikan dalam bab buat perkara lagha yang tidak berfaedah.
Akhir kata semoga penjelasan itu dapat dicernakan dengan baik . Islam tidak datang untuk menjadi musuh kepada naluri dan perasaan manusia tetapi untuk memberikan pedoman dan tunjuk ajar supaya manusia dapat mengawal naluri dan perasaannya ke arah kebaikan. Dengan itu dapatlah kita menjadi manusia yang baik bukan jadi malaikat yang baik ..
oleh : Ahmad Fathi Muhammad



