Tuesday, 27 May 2014

Buatmu Adam..

Bismillahirrahmannnirrahim . Assalamualaikum :)


Adam..
Kalau kami tidak membalas salam mu, kami dikatakan sombong.
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula.
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo.
Kalau kami tidak membalas sms mu, dikatakan kerek.

Adam..
Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya?
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk berSMS denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam ?

Ketahui wahai Adam.
Sesungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai, suka dikasih.
Namun, Adam..
Tahukah kamu erti batas pergaulan?

Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.

Kerana..
Kami begitu untuk menjaga aib kamu.
Membantu kamu menghindari diri dari dibelenggu dosa.
Menjauh dari Kehinaan.
Kerana kami merupakan fitnah dunia.
Fitnah bagi kamu.

Adam..
Kami ini insan lemah.
Jangan kau cemar iman kami.
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami.
Janganlah kau kotori cinta dan kasih kami pada Ilahi.
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu.
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.

Adam..
Andai kau kasih dan sayang pada kami.
Andai kau mahu membela nasib kami.
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doalah buat kami.
Doalah jua buat dirimu.


Indahnya wanita yang belajar mencintai Allah. Belajar mencintai Rasulullah dan belajar mencintai akhirat.
Ditambah lagi jika ada pendamping yang sama-sama memperbaiki diri menjadi lebih baik.



Kalau Hati terpaut sungguh pada seorang gadis. Jangan beranikan diri untuk bertemu gadis itu.
                                Tapi beranikanlah diri untuk bertemu dengan ibu dan Ayahnya.

Monday, 26 May 2014

Perempuan Dan Wanita

Bismillahirrahmannirrahim dan Assalamualaikum :D

Alhamdulillah wa syukurillah
Apa khabar Iman dan Amal ?
Biiznillah kita masih mampu berpijak dibumi Allah.
Moga kita sentiasa dibawah RahmaNya. InshaAllah.
Sudah lama tidak menepek nepek kat blog, hahaha.
Sangat busy melangkah ke medan ilmu. cewahh.
Alhamdulillah, ilmu dapat ditingkatkan dan difahami.

Tettttttttttttttttttttttt

Why why why why why ?
Wanita akhir zaman tewas dengan pujian, ayat manis dan puitis daripada jejaka yang tidak bersikap malu.

  "Boy : You cantiklah."
  "Girl : Thanks handsome"

Puihhh
Wahai lelaki,
Tolonglah Jangan goda kami para wanita dengan kata kata yang manis bak gula 5kg dan janji yang kosong.
Lelaki kalau nak sangat dengan wanita tu tak payah berpuitis sana sini.
Tapi pergi jumpa wali dia.
  "Pakcik saya nak kawin dengan anak pakcik . sekian terima kasih."
kan gentelman tu :)
Berani dok ?

Yang perempuan tu apekebenda mudah lentok sangat?
Kita perempuan ni sebenarnya punca utama lelaki tergoda tau.
Sebab ?
First ofcoz AURAT kita.
Cubalah ye yang belum tutup aurat try tutup aurat.
Lihat betapa Allah jaga dan sayang anda :)
Tak percaya?
Buatlah. Tak tipu :)

Ini cerita sendiri
Lepa berhijrah, saya di kelilingi dengan wanita yang baik, cantik dan taat perintah Allah.
Ya Allah hebatnya penyusunanMu dalam merangkai perjalanan hidupku.
Terima kasih sahabat semua.
Tak kira kalian kawan yang real ataupun di alam maya.
Moga kita sentiasa di bawah RahmatNya.
Ukhuwah fillah abadan abadaaa.
teruskan istiqomah di jalan Sang Pencipta. Aamiin.. :)



Perempuan wake up !! wake up !!
Kenapa saya kata macam ni ?
Sebab wanita lemah dalam 1 perkara iaitu
PUJIAN.
Wanita ni pantang kena puji sikit mulalah gedik sana, gedik sini, terutama kalau yg tegur tu lelaki ajnabi.
Lepas tu mulalah

  "Awak jom couple"
  "Saya sayang awak"
  "Awak adalah cinta awal dan akhir saya"

Terus muntah pelangi 7 warna saya mendengarnya.
Perempuan kenapa lemah dan mudah lentok selepas mendapat pujian ?
Sepatutnya lebih bersyukur dan hadiahkan puji itu pada Allah bukannya bila dipuji tambah mengada-gada.

Okey kita buat contohlah
Valentine day hah!
What is it ?
Hari kekasih ?
Hari untuk couple-couple yang HARAM ?

sahabat yang saya sayang kerana Allah.
Sebab hari kekasihlah ramai wanita yang hilang maruah.
9 bulan kemudian bersalin.
Then anak awak buang merata-rata like sampah :'(
Sebab hari valentine ni awak kata hari bukti cinta pada kekasih dengan serahkan maruah awak. gitu?
Mu dengar sini molek!
Mu dengor aku nok kabo ni.
Nak bukti cinta awak dengan kekasih bukan dengan cara gadai maruah bukyi cinta monyet awak dengan kekasih awak tu.
Ada faham ?
Just only satu bukti yang menunjukkan kekasih kita tu betul-betul sayang kita.
Apa caranya?
Dengan salam tangan tok kadi dan kata "AKU TERIMA NIKAHNYA..."
Itu barulah lelaki hensem, comel, macho, bukannya pengecut.
Sahabat yang saya sayang kerana Allah tolonglah ye
Jaga hubungan dengan Allah inshaAllah Dia akan jaga kita.
Ingatan untuk saya juga ~_~


Bohonglah kalau saya kata tak pernah suka pada seorang lelaki ajnabi.
Pernah.
Ramai sahabat saya yang saat ini bercinta dengan pakwe mereka.
Update status kat pesbok, twider sayang mayang bagai
Rindu bagai, janji sehidup semati dan macam macam ayat manis
Namun maaf, saya tidak akan tergoda dan selalu mohon pada Allah agar jauhkan saya dari zina hati mata
dan sseangkatan dengannya dalam bercinta tanpa ikatan yang sah.
Yes I know ramai yang kata
  "kau ni bajet alim lah"
  "gedik gila"
Saya tak kisah apa pandangan awak awak semua.
Saya hanya inginkan pandangan Allah terhadap saya :)
Cintaku yang hakiki hanyalah Allah, Rasulullah, Keluarga, sahabat, dan inshaAllah my future zauj lalala~~
Come onlah
no couple but nikah
Jumpa wali kami dululah. ada bran ?

         Tak pegang tangan takpa, Janji awak dah peluk hati dia dengan doa :)

Jadi kesimpulannya kalau sama sama jaga aurat, mata dan hati
InshaAllah segala gejala sosial dapat dibanteras *ayat karangan spm*
Berbalik pada iman awak :)
Maaf saya tegur sebab saya sayang saudara seislam saya :)
Sama sama kita gapai redha Allah .


Nak tutup aurat tak semestinya pakai tudung labuh sampai cecah lantai . mahupun pakai jubah labuh-labuh
tuwentiporhawer(24hour)
Islam itu mudah .
Tak perlu pakai tudung sampai terbelit belit semua :)
Cukuplah menutupi semua bahagian yang perlu . bahagian-bahagian yang Allah suruh tutup.
Aurat wanita, dari hujung rambut hingga kehujung kaki. kecuali muka dan tapak tangan.
Yang penting Lillahitaala.
Sebab apa nak tutup aurat?
Sebab mak ayah suruh?
Atau sebab trend ?
Atau sebab nak perhatiang ?
Atau sebab nak gelaran wanita solehah ?
Tepuk dada tanya iman. tanya diri sendiri
Kalau salah ?
Lebih baik betulkan dulu, sebab bila terpesong niat, apa yang kita buat jadi tak sempurna.
Jika boleh, tiap kali pakai pakaian.
Cakap dengan diri sendiri....

  "Ini semua demi menuntut keredhaan Allah"
  "Ya Allah aku berasa bersemangat menutup aurat keranaMu, kerana dengan menutup aurat aku merasakan lebih dilindungi."
  "Apatah lagi setiap kali aku nak menutup aurat, Alhamdulillah banyak orang terdekat membantu"

Indahnya taat perintahMu,
Setiap aurat yang terdedah, itulah bahagian yang terjilat oleh api neraka.
Na'uzubillah
Moga moga kita semua terhindar dari percikan Api Neraka. Aamiin
Setiap apa yang Allah perintahkan, demi kebaikan kita.
Begitu juga dengan setiap apa yang Allah larang, demi kebaikan kita juga.

Ya Allah teguhkan Imanku ini kerana ia akan menjadi kekuatanku ketika bertemu denganMu.
Jadikanlah aku wanita solehah walaupun aku tahu "solehah" itu belum layak buatku.


Moga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita.
Jangan berhenti berdoa kerana Allah suka akan hambaNya yang merintih dan merayu padaNya.
Allah menggantikan sesuatu yang baik itu, pasti dengan sesuatu yang lebih baik.
Mungkin sukar untuk kita sekarang kerana hati kita masih dikaburi oleh baiknya yang Allah beri sekarang.
sehingga tidak mampu lihat kebaikan yang jauh lebih baik yang bakal kita dapat .

Bidadari Dunia bukan "ikut apa dia rasa"
Bidadari Dunia ikut "apa Tuhan dia kata"



Kita Wanita, Muslimah, Gadis. Allah ciptakan kita penuh dengan keindahan. Jagalah ia sebaik-baiknya keindahan yang telah Allah berikan. Jangan dipersiakan. Selagi title Halal belum digenggam. Jagalah maruahmu sebaik mungkin. Jagalah diri sebaik perhiasanmu wahai Hawa. :)