Tuesday, 27 May 2014

Buatmu Adam..

Bismillahirrahmannnirrahim . Assalamualaikum :)


Adam..
Kalau kami tidak membalas salam mu, kami dikatakan sombong.
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula.
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo.
Kalau kami tidak membalas sms mu, dikatakan kerek.

Adam..
Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya?
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk berSMS denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam ?

Ketahui wahai Adam.
Sesungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai, suka dikasih.
Namun, Adam..
Tahukah kamu erti batas pergaulan?

Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.

Kerana..
Kami begitu untuk menjaga aib kamu.
Membantu kamu menghindari diri dari dibelenggu dosa.
Menjauh dari Kehinaan.
Kerana kami merupakan fitnah dunia.
Fitnah bagi kamu.

Adam..
Kami ini insan lemah.
Jangan kau cemar iman kami.
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami.
Janganlah kau kotori cinta dan kasih kami pada Ilahi.
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu.
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.

Adam..
Andai kau kasih dan sayang pada kami.
Andai kau mahu membela nasib kami.
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doalah buat kami.
Doalah jua buat dirimu.


Indahnya wanita yang belajar mencintai Allah. Belajar mencintai Rasulullah dan belajar mencintai akhirat.
Ditambah lagi jika ada pendamping yang sama-sama memperbaiki diri menjadi lebih baik.



Kalau Hati terpaut sungguh pada seorang gadis. Jangan beranikan diri untuk bertemu gadis itu.
                                Tapi beranikanlah diri untuk bertemu dengan ibu dan Ayahnya.

Monday, 26 May 2014

Perempuan Dan Wanita

Bismillahirrahmannirrahim dan Assalamualaikum :D

Alhamdulillah wa syukurillah
Apa khabar Iman dan Amal ?
Biiznillah kita masih mampu berpijak dibumi Allah.
Moga kita sentiasa dibawah RahmaNya. InshaAllah.
Sudah lama tidak menepek nepek kat blog, hahaha.
Sangat busy melangkah ke medan ilmu. cewahh.
Alhamdulillah, ilmu dapat ditingkatkan dan difahami.

Tettttttttttttttttttttttt

Why why why why why ?
Wanita akhir zaman tewas dengan pujian, ayat manis dan puitis daripada jejaka yang tidak bersikap malu.

  "Boy : You cantiklah."
  "Girl : Thanks handsome"

Puihhh
Wahai lelaki,
Tolonglah Jangan goda kami para wanita dengan kata kata yang manis bak gula 5kg dan janji yang kosong.
Lelaki kalau nak sangat dengan wanita tu tak payah berpuitis sana sini.
Tapi pergi jumpa wali dia.
  "Pakcik saya nak kawin dengan anak pakcik . sekian terima kasih."
kan gentelman tu :)
Berani dok ?

Yang perempuan tu apekebenda mudah lentok sangat?
Kita perempuan ni sebenarnya punca utama lelaki tergoda tau.
Sebab ?
First ofcoz AURAT kita.
Cubalah ye yang belum tutup aurat try tutup aurat.
Lihat betapa Allah jaga dan sayang anda :)
Tak percaya?
Buatlah. Tak tipu :)

Ini cerita sendiri
Lepa berhijrah, saya di kelilingi dengan wanita yang baik, cantik dan taat perintah Allah.
Ya Allah hebatnya penyusunanMu dalam merangkai perjalanan hidupku.
Terima kasih sahabat semua.
Tak kira kalian kawan yang real ataupun di alam maya.
Moga kita sentiasa di bawah RahmatNya.
Ukhuwah fillah abadan abadaaa.
teruskan istiqomah di jalan Sang Pencipta. Aamiin.. :)



Perempuan wake up !! wake up !!
Kenapa saya kata macam ni ?
Sebab wanita lemah dalam 1 perkara iaitu
PUJIAN.
Wanita ni pantang kena puji sikit mulalah gedik sana, gedik sini, terutama kalau yg tegur tu lelaki ajnabi.
Lepas tu mulalah

  "Awak jom couple"
  "Saya sayang awak"
  "Awak adalah cinta awal dan akhir saya"

Terus muntah pelangi 7 warna saya mendengarnya.
Perempuan kenapa lemah dan mudah lentok selepas mendapat pujian ?
Sepatutnya lebih bersyukur dan hadiahkan puji itu pada Allah bukannya bila dipuji tambah mengada-gada.

Okey kita buat contohlah
Valentine day hah!
What is it ?
Hari kekasih ?
Hari untuk couple-couple yang HARAM ?

sahabat yang saya sayang kerana Allah.
Sebab hari kekasihlah ramai wanita yang hilang maruah.
9 bulan kemudian bersalin.
Then anak awak buang merata-rata like sampah :'(
Sebab hari valentine ni awak kata hari bukti cinta pada kekasih dengan serahkan maruah awak. gitu?
Mu dengar sini molek!
Mu dengor aku nok kabo ni.
Nak bukti cinta awak dengan kekasih bukan dengan cara gadai maruah bukyi cinta monyet awak dengan kekasih awak tu.
Ada faham ?
Just only satu bukti yang menunjukkan kekasih kita tu betul-betul sayang kita.
Apa caranya?
Dengan salam tangan tok kadi dan kata "AKU TERIMA NIKAHNYA..."
Itu barulah lelaki hensem, comel, macho, bukannya pengecut.
Sahabat yang saya sayang kerana Allah tolonglah ye
Jaga hubungan dengan Allah inshaAllah Dia akan jaga kita.
Ingatan untuk saya juga ~_~


Bohonglah kalau saya kata tak pernah suka pada seorang lelaki ajnabi.
Pernah.
Ramai sahabat saya yang saat ini bercinta dengan pakwe mereka.
Update status kat pesbok, twider sayang mayang bagai
Rindu bagai, janji sehidup semati dan macam macam ayat manis
Namun maaf, saya tidak akan tergoda dan selalu mohon pada Allah agar jauhkan saya dari zina hati mata
dan sseangkatan dengannya dalam bercinta tanpa ikatan yang sah.
Yes I know ramai yang kata
  "kau ni bajet alim lah"
  "gedik gila"
Saya tak kisah apa pandangan awak awak semua.
Saya hanya inginkan pandangan Allah terhadap saya :)
Cintaku yang hakiki hanyalah Allah, Rasulullah, Keluarga, sahabat, dan inshaAllah my future zauj lalala~~
Come onlah
no couple but nikah
Jumpa wali kami dululah. ada bran ?

         Tak pegang tangan takpa, Janji awak dah peluk hati dia dengan doa :)

Jadi kesimpulannya kalau sama sama jaga aurat, mata dan hati
InshaAllah segala gejala sosial dapat dibanteras *ayat karangan spm*
Berbalik pada iman awak :)
Maaf saya tegur sebab saya sayang saudara seislam saya :)
Sama sama kita gapai redha Allah .


Nak tutup aurat tak semestinya pakai tudung labuh sampai cecah lantai . mahupun pakai jubah labuh-labuh
tuwentiporhawer(24hour)
Islam itu mudah .
Tak perlu pakai tudung sampai terbelit belit semua :)
Cukuplah menutupi semua bahagian yang perlu . bahagian-bahagian yang Allah suruh tutup.
Aurat wanita, dari hujung rambut hingga kehujung kaki. kecuali muka dan tapak tangan.
Yang penting Lillahitaala.
Sebab apa nak tutup aurat?
Sebab mak ayah suruh?
Atau sebab trend ?
Atau sebab nak perhatiang ?
Atau sebab nak gelaran wanita solehah ?
Tepuk dada tanya iman. tanya diri sendiri
Kalau salah ?
Lebih baik betulkan dulu, sebab bila terpesong niat, apa yang kita buat jadi tak sempurna.
Jika boleh, tiap kali pakai pakaian.
Cakap dengan diri sendiri....

  "Ini semua demi menuntut keredhaan Allah"
  "Ya Allah aku berasa bersemangat menutup aurat keranaMu, kerana dengan menutup aurat aku merasakan lebih dilindungi."
  "Apatah lagi setiap kali aku nak menutup aurat, Alhamdulillah banyak orang terdekat membantu"

Indahnya taat perintahMu,
Setiap aurat yang terdedah, itulah bahagian yang terjilat oleh api neraka.
Na'uzubillah
Moga moga kita semua terhindar dari percikan Api Neraka. Aamiin
Setiap apa yang Allah perintahkan, demi kebaikan kita.
Begitu juga dengan setiap apa yang Allah larang, demi kebaikan kita juga.

Ya Allah teguhkan Imanku ini kerana ia akan menjadi kekuatanku ketika bertemu denganMu.
Jadikanlah aku wanita solehah walaupun aku tahu "solehah" itu belum layak buatku.


Moga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita.
Jangan berhenti berdoa kerana Allah suka akan hambaNya yang merintih dan merayu padaNya.
Allah menggantikan sesuatu yang baik itu, pasti dengan sesuatu yang lebih baik.
Mungkin sukar untuk kita sekarang kerana hati kita masih dikaburi oleh baiknya yang Allah beri sekarang.
sehingga tidak mampu lihat kebaikan yang jauh lebih baik yang bakal kita dapat .

Bidadari Dunia bukan "ikut apa dia rasa"
Bidadari Dunia ikut "apa Tuhan dia kata"



Kita Wanita, Muslimah, Gadis. Allah ciptakan kita penuh dengan keindahan. Jagalah ia sebaik-baiknya keindahan yang telah Allah berikan. Jangan dipersiakan. Selagi title Halal belum digenggam. Jagalah maruahmu sebaik mungkin. Jagalah diri sebaik perhiasanmu wahai Hawa. :)

Saturday, 22 June 2013

Zina Hati




" Apabilah saya melihat sahabat dakwah di twitter, barulah saya tahu saya apa itu ZINA HATI "

" dulu saya ada kekasih, dan kami saling menyintai dan merancang untuk berkahwin .. apabila sampai masanya, tapi apabilah saya tahu hubungan saya dengan dia itu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan ' Zina ' maka saya putuskan "





MAKSUD ZINA HATI dan ZINA KECIL YANG LAIN 

Sabda Rasulullah SAW :
" Sesungguhnya Allah mencatat bahagian Zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas yang lain berlaku ke atas anak Adam. Zina Mata itu adalah pandangan, Zina Lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan dan kemaluan itu mengiyakan  atau mendustakan "


- Hadis Riwayat Bukhari -
Dalam Riwayat Imam Muslim :

Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian Zina yang tidak dapat berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, Telinga itu zinanya mendengar, Lidah itu zinanya ucapan, Tangan itu zina melakukan kekerasan, Kaki itu zinanya langkah, dan Hati itu mengharap  dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan dan mendustakannya .


Hadis Pertama menggunakan Istilah " ZINA NAFSU " , manakalah hadis yang kedua pula menggunakan istilah " ZINA HATI " . Hadis inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya Zina yang dinamakan ZINA HATI dan tidak syak lagi Hadisnya adalah Hadis yang SAHIH .


Tidak dipertikaikan kewujudan istilah Zina Hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara Ilmiyah sehingga adakalanya membuat remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama .


> Apakah sebernanya yang dimaksudkan dengan ZINA HATI ?
> Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap ZINA HATI ?
> Adakah teringatkan seseorang itu ZINA HATI ?

mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab : " Ya , itulah Zina Hati "
Apabila ditanya lagi , Mengapakah itu Zina Hati ?
Jawab mereka : " Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan Mahram) yang tidak halal buat kita "


Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi tidak halal bagi kita ,
bagaimana anda mahu mentafsirkan firman Allah dalam Al-Quran tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya ?


FIRMAN ALLAH dalam SURAH AL-BAQARAH, ayat ke-235

)) عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً ((

Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang IDDAH (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman : " Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengintai perempuan tersebut , tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik "

Syeq Quth dalam tafsirnya berkata : 
" Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya .. dan Islam itu tidak mrnghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya , dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya ".


Bukankah perempuan yang baru terpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya?? Tapi mengapa Allah lansung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada pada dengan berkata : 
" Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dia secara RAHSIA "


Justeru apa yang dapat difahami daripada ayat tersebut adalah :
Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut tapi jangan fikir nak buat bukan bukan yang bertentangan dengan syarak' . Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut .


Kalau mengingati perempuan ajnabiyyah itu ZINA HATI, tentunya Allah melarang para Sahabat Nabi daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang tetapi memberi izin.


Justeru itu, yang dimaksudkan dengan ZINA HATI itu adalah : 
" Hati yang menaruh niat untuk berzina, Menikmati hubungan persetubuhan luar nikah "
Itulah yang dimaksudkan dengan ZINA HATI...


Tidakkah di pengakhiran Hadis tersebut Nabi ada menyebutkan :

" Dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakan " 


Bermakna semua perkara daripada Tangan, Kaki, Lidah, Telinga, Hati yang menuju ke arah persetubuhan HARAM barulah dipanggil ZINA . Sebab itu disebut di pengakhiran Hadis : 
               " Kemaluan itu yang menentukan berlakunya atau tidak melakukan Zina "


Sebab iru Ibnu Mas'ud menambah dengan katanya :
"Jika dia mengiyakan (Kehendak Zina) dengan kemaluannya, maka dia menjadi penzina. Jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil) " .


Jadi ZINA KECIL yang disebutkan itu adalah yang mengarahkan pada hubungan luar nikah . Oleh itu melihat bukan mahram bukanlah serta merta tergolong dalam ZINA MATA . Yang tergolong ' Zina Mata ' adalah pandangan yang menggoda dan penuh SYAHWAT .


Dengan itu juga, menyampaikan kata2 mesra kepada bukan mahram bukanlah serta merta tergolong dalam ZINA LISAN . Yang tergolong sebagai ' Zina Lisan ' adalah kata2 pujuk rayu dan godaan kepada NAFSU BERAHI .


Begitu juga halnya masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta tergolong dalam ZINA HATI . pengertian Zina Hati adalah 
" adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai MEMENUHI SYAHWAT "


' melihat perempuan itu HARAM '
' mendengar suara perempuan itu HARAM '
' mengingati bayangan perempuan itu HARAM '

" SEMUA ITU adalah ZINA "

biasakan dengar kata2 macam tu ? Banyak kali dengarkan ?
Mungkin mereka mahu jadikan PEREMPUAN sebagai MAKHLUK HARAM di bumi ini . dan bagi perempuan pula mereka mahu jadikan LELAKI sebagai MAKHLUK HARAM di bumi ini .


Sampai begitu sekali kah pandangan anda tentang pengharaman segala datang daripada perempuan atau lelaki ?
Sedangkan Khinzir pun tidak sampai pengharamannya ke tahap itu dalam Al-Quran , hanya diharamkan makan dagingnya sahaja .


Apakah sebernanya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dengan perempuan ?
Melihat perempuan itu HARAM , sebab apa ?
Adakah semata2 pandangan kepada perempua itu haram/pandangan itu HARAM disebabkan Unsur Lain ?

: Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan SYAHWAT, pandangan
  yang MENGGODA, dan BERNAFSU . Itulah sebab kenapa pengharam pandangan bukan semata - mata
  kerana pandangan biasa .


Suara perempuan itu HARAM , sebab apa ?
Adakah semata2 suara perempuan itu haram/suara itu HARAM disebabkan unsur luaran lain ?

: Tentunya suara yang diharamkan suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja
  mendodoikan, suara2 gedik . Suara sebegitu yang diharamkan bukan semata mata suara biasa .


Mengingati perempuan itu HARAM ?
Adakah semata2 ingat perempuan itu haram/ingatan itu HARAM disebabkan unsur luaran lain ?

: Tentunya ingatan yang haram adlah membayangkan keseksian tubuh badan perempuan. membayangkan
  untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan
  sebegitu yang diharamkan bukan semata mata ingatan biasa.


> Itulah hal hal yang dipanggil ZINA KECIL. Pengakhiran yang menentukan kemaluannya sama ada
   menjebakkannya ke perzinahan Hakiki / Tidak .

PERKONGSIAN : 

lElaki yang telah melakukan zina kecil iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram .
Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut ?
Jawapannya : berbuatlah kebaikan , InsyaAllah kebaikan yang dibuat itu akan menghapuskan dosa yang
                     dilakukan .


KEKELIRUAN

1. ' Astagfirullahalazim ' Apa yang telah aku lakukan ? bukankah berhubung dengan bukan mahram sehingga
     membibitkat perasaan cinta itu HARAM ?

kOmen : Alangkah jahilnya bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap HARAM
             dan Berdosa ?

2. Zina Hati itu berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yang haram bagi kita secara berlebih lebihan .
    Sebagai contoh : keinginan itu seperti ingin dirindui , dicintai , dibelai , mengingati si dia lebih daripada
    mengingati Allah .

kOmen : Masih gagal memahami Zina Hati 
              Yang Pertama : Katanya zina hati adalah 'menginginkan sesuatu yang haram secara berlebihan'
                                      Kalau begitu, menginginkan perkara yang haram secara berlebih2han Ouhkaylah ?

              Yang Kedua : contoh yang diberikan itu satu pun tidak termasuk dalam Zina Hati , hal hal ini bukan
                                    termasuk dalam bab Zina Hati, tetapi termasuk dalam Lagha dan melakukan perkara
                                    yang harus dengan berlebihan .

3. Bagi saya, memang zina hati susah untk dihindarkan terutama pada zaman sekarang, lebih lebih lagi
    teknologi sekarang , Walaupun bermesej , boleh diragukan kita buat zina tangan. Itu zina tangan, kalau
    zina luaran , macam mana plak ?

kOmen : Astagfirullahalazim, Pandangan yang penuh dengan ta'annut dan tasyaddud. Gagal  memahami
             maksud zina hati dan zina kecil . Bermesej di telefon zina tangan ? kalau anda mesej mengajak
             kepada persetubuhanm semestinya itu Zina Tangan . Tapi sekadar bertegur sape pun dilabelkan
             sebagai zina tangan , maka anda tersasar .

> Memang berhubung antara lelaki dengan perempuan hanya perlu apabila ada keperluan . Tetapi kalau tiada keperluan dan sekadar nak menggatal , tidak boleh sewenang2 nya dengan mudah mengkategorikan sebagai ZINA TANGAN . tetapi dikategorikan dalam bab buat perkara lagha yang tidak berfaedah.


Akhir kata semoga penjelasan itu dapat dicernakan dengan baik . Islam tidak datang untuk menjadi musuh kepada naluri dan perasaan manusia tetapi untuk memberikan pedoman dan tunjuk ajar supaya manusia dapat mengawal naluri dan perasaannya ke arah kebaikan. Dengan itu dapatlah kita menjadi manusia  yang baik bukan jadi malaikat yang baik .. 


oleh : Ahmad Fathi Muhammad 











Friday, 31 May 2013

HIJRAH


Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatu .. 
Salam Uhkwah Fillah Abadan Abada .. 
Khaifa Halukum ? Harap semua sihat sihat belakang .. Aamiin :)



" Macamlah kau bagus sangat nak nasihat aku "
" Kau tu bukan Malaikat yang tak pernah buat salah "
" kau nasihat aku nie , kau dah buat semua ke ? "
" Banyaklah kau punya tazkirah , macam bagus sangat "


SAHABAT ,
kadangkala, dalam hidup kita kena sedar diri 
Sedar diri yang kita sebernanya tidak mempunyai apa apa pun , semua nie pinjaman semata mata .. 
Dan semua ilmu yang kita miliki itu milik Allah , kita perlu berkongsi dengan Makhluk ALLAH yang lain 
Sedar diri kita nie tak baik, tak alim, banyak kelemahannya , banyak kekurangan .
Dan sebab itulah hadirnya Insan Insan yang mengingatkan kita .. 
Sepatutnya kita bersyukur ..
ALHAMDULILLAH . ALHAMDULILLAH , ALHAMDULILLAH .. 
Bila ada yang datang menegur . BERSYUKURLAH 
Allah masih sayangkan kita . Dia sudi hantar seseorang sebagai wasilah untuk kita 
Contohnya :
SomeOne datang menegur tentang Aurat ,
Dengar , Faham dan Amalkan ..
SahabatKu kaum Hawa .. 
Awak , awak , dan Awak semuanya cantik + comel .. 
Ingatlahh .. 
BERTUDUNG LABUH bukan Hak Seorang USTAZAH saja .. Tapi kita semua Hawa ..
salah e kita nak berhijrah ? Tak sayang .. Tak ..
Bila kita nak berubah ? kita perlukan keredhaan Allah sayang ..
Kalau kita nak berubah sehingga mendapat gelaran Ustazah .. nauzubillah ..
Siapa tahu kita masih hidup esok even 2jam , 3minit , 4saat dari sekarang ..
Kematian itu tal lewat sesaat tak cepat sesaat . Tapi tepat pada masanya ..
            "Kullun Nafsin zaaiqatul maut"
                         " Setiap yang bernyawa pasti merasakan Kematian "

Janji ALLAH itu pasti . Jadi kita semua yang masih hidup , maka pasti akan merasai KEMATIAN .
So, jangan melenggah lenggah kan masa untuk berhijrah ..
Kembalilah pada Allah SWT .
Biar kita diketawakan oleh MANUSIA kerana mengikut syariat Allah ..
Asalkam kita tak diketawakan oleh SYAITAN kerana menjadi peneman mereka di neraka kelak , Nauzubillah Min zalik ..

Saya pernah berada di zaman kegelapan yg penuh lagha,
alhamdulillah Allah buka ruang dan pintu hidayah buat saya.
Nikmatnya berhijrah hanya diri saya sahaja yang tahu, sukar nak digambarkan, sukar nak tunjukkan.
Nikmatnya bila saya rasa Allah SWT itu sangat dekat dengan saya, bahagia bila saya duduk dalam majlis ilmu dengan orang-orang yang soleh yang Allah pilih, allahuakbar!
Saya nak kongsi perasaan tu dgn kawan-kawan semua supaya kita semua balik mencari Allah di dlm hati kita.
Cerita hijrah saya bukan untuk dibanggakan,
sekadar saya berkongsi untuk kawan-kawan dengar dan sama-sama kita perbaiki diri.
Saya sedang berusaha memperbaiki Dirku .. Saya mohon Bimbingan dari Awak , awak , awak , semua.. :'(
Tegur laa kesilapan saya ..
Nasihatlah saya di saat saya lalai melakukan dosa .. 


Bertapa Indahnya rasa apabila Hidayah Allah menyapa 
Saat terasa dunia seakan akan menghimpit,
Dan ujian seakan akan mengasak diri untuk rebah 
Tanyalah pada hati ..
Adakah dunia yang bertakhtah dihati atau Allah ?
Kembalilah pada Allah 
Pinta padaNYA,
Minta kekuatan Iman ,
Jangan Menunggu penyakit datang , musibah, dan bala.
Baru kita ingin angkat tangan berdoa dan mengadu pada ALLAH ..

    “ Sesiapa yang ingat Allah di waktu senang . Maka Allah akan  ingatnya di waktu susah “


Ehem2 .. sebelum tu , s
jom kita sama sama Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW .. 
Ulang tiga kali ea sayang .. :)
   "Allahumma solli 'Ala Muhammad wa 'Ala 'Ali Muhammad. Alhamdulillah."



Jom Baca nie .. Bismillah :


Seorang lelaki Inggeris bertanya : Kenapa dalam islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan lelaki ?

Seorang Syeikh Menjawab : Dapatkah kamu berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth?

Lelaki inggeris itu menjawab : Ohh tentu tidak boleh ! Cuma orang orang tertentu sahaja yang dapat berjabat                          
                                               tangan dengan ratu .

Syeikh tersenyum dan berkata : "Wanita wanita kami (kaum Muslimat) adalah para ratu . Dan ratu tidak          
                                                 boleh berjabat tangan dengan lelaki sembarangan (Yang bukan Mahram)

Lalu lelaki Inggeris itu bertanya : Kenapa perempuan Islam Menutupi tubuh dan rambut mereka ?

                               *Syeikh tersenyum dan mengeluarkan dua coklat*
                            *Dia membuka coklat yang pertama dan lagi satu tertutup*
                                   *Dia campakkan keduanya ke lantai yang kotor*

Syeikh bertanya : Jika saya meminta anda untuk mengambil satu coklat, mana yang anda akan pilih ?

Si Lelaki inggeris itu pun menjawab : Yang Tertutup .. 

Syeikh berkata : " Itulah cara kami memperlakukan dan menilai perempuan kami "

si lelaki Inggeris menjawab : Wow ! ISLAM is AMAZING .. 

                     SubhanaAllah ketahuilah wahai Muslimah bahawa dirimu sangat berharga .
                                               Lets proud to be a MUSLIMAH


Wahai Wanita Perhiasan Dunia ,
Muslimah itu lembut hatinya , rapuh jiwanya,

Walaupun setiap langkah Hijrah kita perlahan,
Tapi di Mata Allah , BESAR !!
Teruskan berjalan menujuNYA ,
Syurga Allah Menanti .

“ LA TAHZAN “ Allah bersamamu



Panas dunia itu hanya sementara. Tudung itu seumpama payung yang melindungi wanita dari kepanasan yang berjuta-juta kali ganda di Akhirat nanti. :')


Tips Tutup Aurat :
1) Sebelum keluar rumah tengok cermin banyak kali .
2) *dalam hati* "Allah reddha ke apa aku pakai nie?"
3) dah Okay ? *kcun , Jom Keluar*


Merangkak tapi berjaya jauh lebih baik daripada berlari  TAPI stop di tengah jalan . 
sebab tu , belajarlah dari bawah . Usah takut kerana GAGAL .
Takde yang mustahil . Siap sedia lah menghadapi susah dalam hidup . Percayalah ! .
Takkan ada masalah yang tak dapat diatasi .. Fikir elok-elok :)


" Wanita Solehah , sesungguhnya kain penutup muka yang kamu pakai itu jauh lebih baik daripada serban yang aku pakai " - Imam Malik


-Wanita  solehah perhiasan Dunia-





Dakwah Itu INDAH sayang :')





Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatu khalifah di Bumi ALLAH SWT ,
      Salam Uhkwah Fillah Abadan Abadan . .

ALHAMDULILLAH , ALHAMDULILLAH , ALHAMDULILLAH .
masih diberi peluang bernafas, melihat CiptaanNya, Memperbaiki diri, dan terus mencari KeredhaanNya :')

Ya Allah,
kadang kadang kita merasa susah sangat nak menghadapi Ujian kehidupan ,
Tapi ketahuilah bahawa ramai lagi orang kat luar sana yang lebih besar ujiannya ,
BE STRONG , ALLAH ALWAYS BE THERE FOR US ,

Kalau niat hendak BERDAKWAH ,
kita kena Faham , berdakwah itu Jalan Menyampaikan perkara Yang BENAR ,
Berdakwah itu tidak mudah , perlu kuat menerima hinaan , ejekan , dan apa2 yang boleh jatuhkan kita untuk terus berdakwah ..
BE STRONG !

DAKWAH yang agak mencabar sebab telinga , kena tahan kejian hati dan kena tahan kata cacian .
Ada sebahagiannya boleh terima , Ada sebahagiannya Tak boleh Terima ..

Tapi ingat ,
Itu Ujian namanya ,
Allah ingin melihat kekuatn IMAN seorang HambaNya ,
Niat hendak Berdakwah , pegang prinsip nie " KITA REDAH JE "
maksud ' REDAH ' tu bukan main letak je apa hukum hakam sesuatu perkara ..
Maksudnya ' Berani Menegakkan Kebenaran ' .. Sampaikan Sesuatu dengan Ilmu yang ada ,
tak kisah laa ILMU tu tak tinggi mana pun .. yang penting Ikhlas Dakwah kerana Allah .. :)


                "  DAKWAH "  is not about " AKU LEBIH BAIK DARI KAU "
  but it is about " BIAR AKU TUNJUK SESUATU YANG BAIK UNTUK KAU "


Dalam BERDAKWAH kita kena kuat ..
sebab Ada segelintir kita Tak suka bila kita buat sesuatu Kebaikan ,
Kalau kita STOP sebab mereka , INGAT ! dakwah ISLAM tak akan berkembang .. PERCAYALAH ! !

Allah, setiap Saat , Minit , Jam selalu Bersama kita ..
Allah takkan berpisah dengan Kita sekalipun kita tengah JATUH atau BANGUN ..
ALLAH SANGAT MENYAYANGI HAMBA-HAMBANYA .. :')

moga Allah Permudahkan Urusan DAKWAH kita sahabat ,
Rasulullah - Kekasih Allah ,
dulu timE Baginda berdakwah Ujian yang diberikan sangat sangat sangat besar ,
INGATKAH kita kepada Rasulullah ?
RINDUKAN kita kepada Rasulullah ?
SAYANGKAH kita kepada Rasulullah ?
CINTAKAH kita kepada Rasulullah ?
Tahukah kamu bahawa Rasulullah sangat Mencintai Umatnya iatu Kita ?
Di saat Malaikat Maut ingin mencabut nyawa Baginda , Baginda tidak tenang untuk bertemu Ilahi  sehingga Malaikat  Jibril memberitahu kepada Allah SWT memberi jaminan bahawa umat baginda merupakan Umat pertama memasuki SYURGA
SUBHANALLAH ,
Begitu dalamnya CINTA Baginda kepada kita ..
Tapi kita ? sering melupakan Baginda , kenapa ? !  Tunggu Maulidur Rasul dulu ke baru nak ingat ?
MasyaAllah .. :(

Sahabat , It Only take 5 seconds untuk selawat  ke atas baginda ..
Sahabat , pinjam beberapa saat , Ringankan Mulut baca ni 3 kali :')
    "ALLAHUMMA SOLLI'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD"

di Akhirat nanti , Rasulullah akan sibuk memerhatikan urusan Umatnya .
Baginda berpesan :
   “ Temuilah aku dietitian sirath , kalau aku tiada disitu , maka aku akan menunggu kalian di neraca Mizan , kalau tidak ada juga di Mizan , carilah aku di telaga Haudh , Aku akan berada  di salah satu antara berikut “

ALLAH . ALLAH . ALLAH .
Rasulullah sanggup menunggu kita walaupun baginda boleh masuk direct ke SYURGA :')


" Tepuk dada tanya selera " kita tukar " Tepuk dada tanya Iman "
Jom SAHABAT .. Hijrah ke jalan yang satu .. Iaitu Jalan Keredhaan ALLAH ..
Ayuh SAHABAT ! Ayuh SAHABAT ! kita berubah ,  sama-sama perbaiki diri .. *semangat*
Teruskan Usaha Untuk berDAKWAH ! jangan Menyerah .. Allah bersama kita..

Sahabat ,
Teruskan ISTIQOMAH kearah kebaikan dan jadilah Umat yang dapat menyumbang sedikit untuk Islam
Semoga Allah sayang dan Redha InsyaAllah ! :)
saat bersedih , Kau mengadulah pada Allah .

 Ingat pesan Allah :
            "  ' LA TAHZAN ' jangan laa kau bersedih.. sesungguhnya Allah bersama mu .. :') "

InsyaAllah , kita akan menjadi tabah dan bahagia
Menangis didunia , InsyaAllah di Akhirat kelak tersenyum dan bahagian ..
ALLAH tahu KEMAMPUAN kita sampai tahap mana .
ALLAH tahu bila masa kita LEMAH .
ALLAH tahu bila masa kita RAPUH .
ALLAH TAHU . ALLAH TAHU . ALLAH TAHU .
ALLAH tahu apa yang orang lain tak tahu .
ALLAH tahu diri kita yang sedang mencuba .
biarlah orang lain sibuk nak menilai kita dengan kesalahan yang kita buad sesaat yang lalu .
ALLAH tahu kita dah cuba bertaubat dan berubah :)

                                   " ALLAH MAHA MENGETAHUI "

Setiap Orang Punya Masa Lalu,
Setiap Orang Punya Kisah Lama,
Setiap Orang Memiliki Latar yang Berbeza,
Setiap Orang Pernah Melakukan Kesalahan .

Namun , , ,

Setiap Orang Memiliki HAK Untuk Berubah,
Setiap Orang Memiliki HAK Untuk Memilih Jalan Hidup,
Setiap Orang Memiliki HAK Untuk Menjadi Lebih Baik,
Setiap Orang Memiliki Pilihan Akhir Hidupnya .


YA ALLAH ,
Aku HambaMU yang lemah dan hina ,
Aku memohon petunjuk dan Hidayah dariMU ,
Aku hanya mampu Meminta padaMU segala yang baik ,
apa yang Engkau berikan padaku , itu laa yang terbaik ,
Dan jika aku mendapat apa yang bukan aku inginkan .
Aku redha Ya Rabb , kerana aku tahu . RancanganMu adalah yang terbaik buat ku .. :')



Ingatlaahh :

>> Hidup Tanpa Allah, Ibarat hidup dalam KEGELAPAN . Apabila kau suluh dengan cahaya terang macam mana sekalipun. Kau akan sentiasa gelap .

>> Ingatlah, syaitan tak akan biar kita sorang sorang sampai lah kita juga ikut jejak langkah dia jadi PENGHUNI NERAKA . ingat, cari Allah selalu ..

>> Dosa yang kita lakukan Umpama tersilap memasuki jalan ketika memandu di lebuhraya . Sukarnya untuk mencari ‘U-Turn’ untuk kembali ke jalan yang betul .





                                                                    :  Sahabat  :
ingatlahh disaat kita jatuh dalam menegakkan Agama ALLAH ..
 jangan lah kau takut untuk meneruskan perjuangan mu itu ..
 Bangunlaa bangunlahh .. Teruskan perjuangan mu untuk menegakkan Agama ALLAH ..
  kerana Allah akan sentiasa bersama orang orang yang sentiasa ingin melakukan sesuatu ke arah Kebenaran
Bahkan , Allah akan menghantar Orang orang yang baik untuk 
menemani kita dalam memperjuangkan Agama Islam, AGAMA TERINDAH ..
INSYAALAH..

Meneruskan DAKWAH bukan sahaja Untuk ORANG yang mempunyai ILMU SETINGGI LANGIT .
tapi , BERDAKWAH .. untuk SEMUA ..


SAHABATKU :
     "AKU TAK SEKOLAH AGAMA" kita ada ilmu agama tu bukan sebab kita wajib pergi sekolah agama. Didikan agama itu datang dari kecil . Dari Rumah .. ingat  :) 




Teruslah Istiqomah .. Memperbaiki diri ,
berhijrah ke Arah lebih baik ,
DAKWAH untuk kita SEMUA,
DAKWAH itu INDAH.




Saturday, 11 May 2013

PERSAHABATAN 5 HIBISCUS"13


SENIOR 5 HIBISCUS 2013
kelas yang telah banyak menerima gelaran.. 
Kelas PPKI , SETAN , TERUK , TADIKA , SENGAL , HURU HARA ,

-5 HIBISCUS-
dalam banyak banyak kelas.. Kelas kami laa yang paling
FRIENDLY  and  HAPPY 

- CLASSMATE -

 HANDSOME BOY

> Fazly <> Athif <> Iqbal <> Fitri <> AfiQ <> Mirul <> Mahat <> Aidil <> Siddiq <> Rafiz<
> Iwan <> Akmal <> Jern <> Lim <> Tin <> Chen <> Dardhsen <> Yuva <> Joshua <> Jeremy <

 BEAUTIFUL GIRL

> Puve <> Shazreen <> Aina <> Ana <> Farah <> Zue <> Mazirah <> Syuhadah <> Iwani <
> Wyza <> Sofea <> Zaiqah <> Aimi <> Aisyah <> Ilahi <
> Athirah <> Hanna <> Yi Ying <> Zhe Wey <


- Buddyz 5 Hibiscus -

5 HIBISCUS kelas yang paling riuh rendah + Kecoh sebab ada Buddyz Yang Friendly,


- Memorial Senior 5 HIBISCUS -


Nie Geng kuat Makan, Ada lagi.. Tapi yang nie je berjaya dikesan Haha,
Sape bawa bekal dalam kelas.. Memang menangis laa sebab bekal dorang tu...
Budak 4 orang nie bedal dulu.. :)
nama dorang  ( Dari kiri ) Siddiq , Aidil , Athiff , Fazly ..



Hahaha, Tengok tu.. Semua daa Gilaa.. But, yang kat belakang tu
bukan Classmate 5 hibscus.. Yang depan2 Tu je Classmate aku paling sengal =D
 (Dari Kiri depan ) Iqbal , Athif , (putih) Rafiz , Fazly ..


ha, Yang nie plak (dari kiri ) Sofea , Hanna ..
yang kat tepi hanna Tu bukan dia senior kelas pandai :)


Ouhkay, yang nie Zue dengan Aimi..
Aimi nie Penolong Kelas kitaorang.. Dia nie tak laa kuat marah sangat.. 
Dia Friendly gilaa.. sempoi jee.. :)
Zue nie, jenis yang pendiam pun ada.. pemarah pun ada.. 
Entah yang macam mana .. Aku pun tak tau.. =D


Hahaha.. kelakar laa yang nie.. Picture nie, time dorang p Rombongan untuk Ekonomi Asas 


( Dari kiri ) Mirul , Rafiz , Zaiqah , Aimi , Aisyah 


Rafiz , Mirul , Ana , Zue
Nie time nak study Math.. Last2.. bukan study.. Ni laa Jadinya..
 Sesi Bergambar.. ^^


Yang nie Zue dengan Aina ... 


Aimi , Zaiqah , Mirul
Time dorang  keluar bersama.. 



> Mampu simpan yang nie je.. Picture kawan2 lain tak dapat nak bubuh kat Bloq nie.. :') <

InsyaAllah, Nanti kalau ada picture2 baru,, Ana bubuh lagi..  :)

: GOOD LUCK FOR SPM :
: Have a nice day Friends :
: May Allah bless You :
: Always be Positive on Your Mind :

- SPM CANDIDATE -