Tuesday, 27 May 2014

Buatmu Adam..

Bismillahirrahmannnirrahim . Assalamualaikum :)


Adam..
Kalau kami tidak membalas salam mu, kami dikatakan sombong.
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula.
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo.
Kalau kami tidak membalas sms mu, dikatakan kerek.

Adam..
Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya?
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk berSMS denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam ?

Ketahui wahai Adam.
Sesungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai, suka dikasih.
Namun, Adam..
Tahukah kamu erti batas pergaulan?

Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.

Kerana..
Kami begitu untuk menjaga aib kamu.
Membantu kamu menghindari diri dari dibelenggu dosa.
Menjauh dari Kehinaan.
Kerana kami merupakan fitnah dunia.
Fitnah bagi kamu.

Adam..
Kami ini insan lemah.
Jangan kau cemar iman kami.
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami.
Janganlah kau kotori cinta dan kasih kami pada Ilahi.
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu.
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.

Adam..
Andai kau kasih dan sayang pada kami.
Andai kau mahu membela nasib kami.
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doalah buat kami.
Doalah jua buat dirimu.


Indahnya wanita yang belajar mencintai Allah. Belajar mencintai Rasulullah dan belajar mencintai akhirat.
Ditambah lagi jika ada pendamping yang sama-sama memperbaiki diri menjadi lebih baik.



Kalau Hati terpaut sungguh pada seorang gadis. Jangan beranikan diri untuk bertemu gadis itu.
                                Tapi beranikanlah diri untuk bertemu dengan ibu dan Ayahnya.

No comments:

Post a Comment